Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

Monday 29 August 2016

Derma Darah

Semalam aku baru je mendermakan darah aku..memang dah planning nak derma..yang berdekatan kat South City, Seri Kembangan dan Giant Bandar Kinrara..disebabkan nak berjalan2, so aku dengan hubby gi la kat Giant Bandar Kinrara..mula2 kena isi borang..kena jawab soalan semua tu dengan jujur..tapi de gak aku ngelat..haha..then kena jumpa sorang ni..bagi IC kat dia & dia check darah aku jenis pe..sakit dia cucuk jari aku..adeh!then ukur berat..makin bertambah dah..dah 77kg..gile la..kena diet lebih..lepas tu kena gi jumpa nurse kat situ..jawab soalan sama gak dengan yang de tulis kat borang tu..then, jumpa sorang lagi..dia daftar nama aku kat Pusat Darah Negara..dapat la aku kad yang membuktikan aku pernah derma darah..




Then, waktu yang menyeramkan..iaitu time ambik darah..mula2 kena duduk kat kerusi dia..then kena baring..masa tu nurse usaha cari urat aku kat tangan kiri, tak jumpa..Dia cari kat sebelah kanan pula, baru jumpa..then dia sapu swab and cucuk la jarum..tak sakit pun!rasa mcm kena cubit je..hubby cakap banyak darah aku..yang geramnya dia pi tangkap gambar aku tengah macam tu..bukan je tangkap gambar, siap buat live recorded kat facebook..jahatnya! aku kena derma 350ml je sebab 1st time..lain kali nak derma darah lagi..lagipun sape yang menderma darah ni dapat macam2 benefit dari hospital..


Thursday 25 August 2016

Sakit Gigi & Hubby Accident

Adoi...gigi bongsu aku nak tumbuh..sebelum ni gigi bongsu atas, dua2 belah dah selamat tumbuh dengan jayanya..gigi bongsu bawah sebelah kiri pun dah tumbuh..walaupun senget tapi kesakitan tu tak de la keterlaluan..tapi gigi bongsu bawah sebelah kanan ni betul2 menggangu hidup aku buat masa ni..Isnin baru ni aku dah gi Klinik Pergigian Petaling Bahagia..suruh dia cabut tapi dia tak nak cabut since gigi & gusi aku tengah sakit and dia suruh refer ke Hospital Kuala Lumpur..punya la jauh..then for sure ramai orang la..aku tanya kat Doc boleh tak kalau gi Hospital Serdang ke sebab aku dah biasa kat sana (mostly sebb kena asthma)..Doc cakap hanya dia boleh rekomen kat Hospital Putrajaya sebab masih under Wilayah Persekutuan..tak kisah la asalkan tak ramai orang dan disebabkan sakit sangat2 aku dapat MC dari klinik tersebut..


Dah dapat MC & ubat semua diaorang suruh aku call Hospital Putrajaya..aku ingatkan boleh terus pergi..rupanya hanya boleh set appointment je..mulanya appointment aku pada 30haribulan August ni pukul 3.30 petang tapi baru hari selasa dia call tukar pada 1haribulan September pukul 3 petang..tu pun untuk checking, X-Ray and then baru diaorang decide whether aku ni perlu dioperate or cabut gigi ni macam biasa.

Alkisahnya sementara nak menunggu hari yang dikhabarkan, aku dok menahan sakit yang amat..Ubat tahan sakit yang dibagi hanya 3set je..habis macam tu je..now dok bergantung hidup kat panadol..pipi jangan cakap la..bengkak! yela, gusi bengkak semua..semalam aku dok checking la kedudukan gigi aku since aku tak penah pun tengok sendiri kedudukan dia..adoyai!senget yang amat..dia tumbuh secara terkeluar..memang confirm kena operate jawabnya..takut siot! 1st time in my whole life kena operate..dok google la kt blog2 kisah operate gigi bongsu ni..ada yang cakap sakit, ada yang cakap menahan sakit bengkak ni lagi sakit dari sakit operate..maybe ikut pada diri masing2..aku ni dahle jenis tak tahan sakit..tapi setakat ni aku kuat la sebab still boleh datang kerja walaupun berdenyut2 sampai ke kepala..aku check kt klinik swasta sekali cabut untuk 1 gigi bongsu average RM350-RM1500..mahal mak datok!haha..kat hospital gov, RM50 je tapi tula lambat sangat la nak tunggu..lepas checking & X-Ray tu tak tahu la bila dapat operate..de yang cakap paling cepat 2 minggu..ada yang cakap sebulan..lama wei! papepun aku kena menunggu dengan penuh kesabaran yang cukup tinggi (sakit sangat!)..maybe ni kifarah untuk aku..bak kata hubby aku, atleast Allah sayang aku..sebab tu dia bagi sakit untuk hapuskan dosa2 aku masa aku kat dunia dari dapat pembalasan masa kat akhirat..

Ok..nak cita plak pasal hubby aku accident..Rabu minggu lepas, lepas balik keja, kami gi Sunway Pyramid nak cari Pokemon (main Pokemon Go la)..masa tu kami naik motor..masa balik, lepas dia hantar aku, selalunya dia ikut LDP untuk ke Bukit Jalil tapi malam tu dia tergerak ati nak lalu Seri Kembangan sebab de jalan shortcut..masa dia lalu depan Giant Taman Equine, de kereta himpit dia dari tepi sebab masa tu masing2 tengah kejar lampu hijau..jadi Superman la hubby aku tergolek..yang sadisnya orang tu just berhenti jap and terus jalan..tak tanya pun hubby aku hidup lagi ke ok ke..siot je! nasib la hubby aku boleh bangun masa tu..dia cakap masa tu dia jadi blur jap then baru dia call aku..masa tu aku tengah dok susun kasut2 aku dalam almari..kasut aku yang selambak tu aku main masukkan je dalam almari and bergegas ke sana..dia dalam phone cakap kat aku yang habis kasut, jeans and baju dia..baju ada koyak sikit..tiny one je..kasut and jeans memang dah tak boleh pakai dah..aku tak kisah semua tu..semua tu boleh beli tapi nyawa dia tak ada jual kat kedai..sampai je sana, ngeri aku tengok darah kat tapak tangan dia..dok tahan je..nak nangis tapi tak terkeluar air mata..masa tu ada abang sorang tu temankan dia..kami decided tinggal je motor kat situ and gi balai dulu buat report..mencari la balai..tengah mencari boleh plak perut aku meragam..makan pe ntah sebelum tu..tak dapat aku ingat..singgah MCD kat Taman Equine tu, berlari aku gi toilet..haha..cian hubby kena tunggu aku pulak..lepas dah melepaskan hajat, dari dok mencari balai tapi tak jumpa2 baik terus gi balai yang tahu je terus..Kami gi Balai Polis Sri Serdang..polis kat sana suruh gi hospital dulu pulak..Then aku bergegas la bawak hubby gi Hospital Serdang..sampai sana masuk bahagian emergency..tunggu lama dalam 15minit untuk checking..baru boleh jumpa Doc..nak tunggu jumpa Doc lama nak mampus..sampai air bisa dari luka mengalir..yang hubby plak dok tak diam..dia asyik bercakap je sampai aku pun dah pening..haha..aku pening sebab dah time aku tido..aku kan selalu tido awal dalam pukul 10-11malam since aku masuk keja pukul 7 and balik pukul 3.45 sekarang ni..hubby cakap kalau dia dok diam nanti lagi terasa pedih tu..dengan mulut ngomel2, jalan sana sini..aku sampai de masa2 nya tutup mulut dengan tangan aku..boleh plak dia gi jilat tangan aku..ngek!dah dapat jumpa Doc, Doc suruh gi X-Ray..masa tu hubby gedik(tapi aku tahu dia dah tak larat sebab bisa jatuh) nak naik kerusi roda..aku layankan jela..tolak dia sampai tempat X-Ray..lepas X-Ray jumpa Doc balik untuk dressing..aku tak boleh masuk..hubby cakap dia de menjerit (tapi aku tak dengar pun) sebab sakit masa dressing tu..Doc cakap tak ada yang patah and boleh balik..dari pukul 10lebih kat hospital sampai pukul 2 lebih, dekat pukul3..gile kan? lepas tu kami gi la balai..sampai sana polis tu suruh kami esok baru buat report kt Ibu Pejabat Polis Serdang kat area Bandar Kinrara tu since kejadian kat bawah jajahan sana..Then sebab dah pukul berapa dah..mesti kami penat..aku setuju then kami balik..aku hantar dia kat rumah dia..aku balik rumah aku..Esoknya aku cuti..kami mulanya gi Hospital Serdang dulu nak ambik report perubatan untuk claim insurans..bila gi orang tu cakap kena bayar RM40 and sebulan paling cepat tunggu..Gile!Tak nak la macam tu..kami terus gi buat report polis dulu..alhamdulillah kejap je process..then aku hantar dia balik since masing2 penat and dia sakit..pengalaman pertama orang yang aku cinta accident macam tu..selalu tengok adik2 aku..

ngeri tengok!

tak larat menunggu..

dah macam masuk muay thai je hubby aku ni..