Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday 28 December 2016

Persediaan Bertunang - Part 1

Akhir bulan Nov 2016, aku & my beloved bf decided untuk bertunang secepat mungkin..mula tak ada tarikh lagi tapi cari punya cari dapat la tarikh 11/2/2017..Sikit2 kami kumpul duit untuk merealisasikan impian kami ni..benda paling penting adalah cincin..& kami dah beli pun..cincin emas 916 dengan swarovski diamonds..cantik & sesuai je untuk aku..aku patut size 14 tapi sebab nanti nak pakai lama, so aku ambik 1 size extra..so jd la size 15..hehe..

Hantaran 3 berbalas 5..bf aku akan bagi aku 3 dulang..aku akan balas 5 dulang..Alas dulang hantaran & dulang hantaran dah beli..cantik bunga dia..hantaran aku Cincin Tunang, Kasut & Clutch (Untuk Nikah)..1 lg maybe chocolate or pape makanan..Untuk dia 5 dulang, aku xpasti nak belikan apa lg..susah kan nak bg kat lelaki?tapi 1 dulang ingat nak bagi kasut untuk nikah..then 1 dulang lagi chocolate..lagi 3, aku bagi kuasa kat dia untuk dia decide sendiri..huhu..

Booking pelamin, catering, khemah, make up & photographer 30hrbln ni baru aku bayar duit booking..balance akhir bulan 1..semua price kawan2 je..huhu..

Perasaan aku?nervous siot!masa beli cincin lagi aku dah rasa debaran dia..aku tanya dia..de x rasa debar2?dia cakap belum lagi..mungkin masa akad nikah nanti..huhu..kalau dia debar mau aku lagi berdentam dentum jantung aku..peluh jantan betina semua keluar..haha..

Hopefully semua berjalan lancar..bakal family mertua pun sayang aku..tgh bulan 1 nanti family dia akan datang jumpa family aku untuk kenal2..if lagi bagus kalau diaorg merisik..nanti dapat cincin lagi..haha..bf aku sampai tanya,"amboi, nak cincin byk2 nak pakai kat mana?" jari de 10..pakai setiap jari 1..huhu..sedia ada pun de 2 cincin emas, 1 cincin stainless steel..campur cincin tunang dah 4 cincin..tu belum masuk cincin yang saje2 pakai melawa..huhu..kaya cincin aku ni..

My theme shall be peach + purple & pink macam kat bawah..My bridesmaids will be my bff, Munirah & my cousin, Umi..





Thursday 3 November 2016

Operate Gigi Bongsu & Hubby Derma Darah


Tanggal 26 haribulan Oktober 2016 merupakan detik cemas bagi aku..First time nak kena operate..takut wei..aku gi dengan hubby aku sebab takutla aku sakit sangat sampai tak boleh drive ke..lagipun tak best la gi sorang2 macam life ni lonely sangat..haha..masa gi Hospital Putrajaya nervous aku..appointment pukul 8.30pagi tapi kami sampai pukul 8.10pagi..daftar semua and tunggu la giliran..bila nama aku dipanggil makin berdebar la..masuk ke bilik pembedahan, duduk kat kerusi..Dr Yong, doc praktikal yang akan operate aku..kenapakah???lagi aku takut..de Dr Yati guide Dr Yong..mula2 dia explain yang gigi bongsu aku tumbuh kat tulang rahang..adoi mak! then operation akan melibatkan drill ke tulang rahang aku..nak nangis dah dengar tapi kalau tak keluarkan bahaya pula kat aku..so, doc suruh sign 1 surat mengatakan aku takkan claim pape if anything happen..aku siap sebelum sign, if jadi pape kat aku diaorang tak lepas tangan kan?mesti tolong aku kan?Dr Yong tu cakap mestila tolong..aku pun sign.. Start la untuk operation..

Mula2 dia sapu ubat pe entah kaler perang kat gusi aku..Then inject ubat kebas kat gusi sebanyak 3kali..tapi aku tak rasa kebas pun..sakit gile Dr Yong inject..terkeluar air mata aku..Then dia cuci mulut and muka aku, ready untuk operate..aku cakap kat Dr Yati, gusi aku tak kebas pun..dia inject lagi 2kali..kali ni baru kebas & dia inject tak sakit pun macam Dr Yong..maybe coz de pengalaman..lepas tu diaorang setting aku..suruh aku baring atas kain hijau & lipat kain tu untuk tutup mata aku supaya aku tak tengok masa operation..Then start the operation..aku tak tahu pe benda ntah diaorang buat tapi aku rasa la diaorg tarik gigi tu, drill (sebenarnya diaorang dah potong gusi & drill tulang aku) and korek gigi tu..aku just rasa tekanan kat bahagian tu je..masa diaorang jahit aku ternampak sebab kain kat mata terbuka sikit..cepat2 aku tutup mata..tak nak tengok takut aku panik..dah siap semua..aku rasa sengal jela kat area rahang kanan aku ni..

Habis operation, pi ambik ubat..no giliran panjang amat..sementara tunggu tu de buat derma darah kat lobby hospital..Hubby aku tak penah derma darah..so, aku paksa dia..ala..untuk kebaikan gak..menderma..dia dah nervous..hehe..rupanya hubby aku darah 'O'..comel je derma darah..




Monday 24 October 2016

Tukar Department, Ada Orang Dengki & Operate Gigi Bongsu


Tanggal 1 Oktober 2016, aku kena tukar dept. ke House & Maintenance Dept..Sebelum ni Course & Ground Dept..Hari last aku, Mr Puvan belanje kami makan besar kat area Jalan Gasing sana tu..dia belanje makanan thai..aku dahle memang de keturunan thai (Pattani)..so memang sedapla..anggaran dia belanja dalam 200 lebih ke 300 lebih..sayangnye dia kat aku!sayang my ex boss gak..boss paling sempoi penah aku dapat!

So bermula la aku jadi Secretary pada En Zari Hamid..mula2 keja dengan dia aku takut gak..muka dia nampak garang..tapi lama2 nampak ok..cuma keja kat sini sangat memenatkan..banyak sangat kerja..tak macam kat tempat dulu..kat sini plak sangat sejuk..aku dah berapa kali MC je bulan ni..nak buat macamana..

Nak bagitahu ni..de orang dengki dengan aku..hari tu aku de upload pasal members KGNS kat Facebook..Ok..I admit it my mistake..but Facebook aku, aku buat private kot..HANYA FRIENDS je boleh tengok & baca setiap post aku kecuali aku setkan public..then de malaun ni yang konon friend dengan aku, gi screenshot pasal members tu & report to Acting GM kami..Wow!punya dengki..tahu la ko memang dengki dengan aku since dari aku kat department dulu sebab...1st Boss sayang aku..2nd Boss slalu mintak pendapat aku & tak dengar pendapat ko dah..3rd gaji aku lebih dari ko tapi aku keja rileks sebab aku pandai manage keja dari ko yang setiap minggu mesti samada AL/EL or MC..yg peliknya tak penah habis tu AL & MC dia..4th aku lebih pandai buat keja dari ko yang hanya tahu buat HR Matters (kononnya buat sebab even VP & HR & Admin Manager tergelak bila diaorang tahu hanya tu keja yang ko buat tapi ngaku handle HR)...whatever la..hidup ni umpama roda..ko akan dapat balik balasan ko..aku ni antara orang yang teraniaya tau..walaupun ko keling tapi ko percaya Karma..so standby la..

Pasal Operate Gigi Bongsu..hari tu dah check..memang teruk kedudukan gigi aku..Doc sarankan aku cabut dua2 gigi bongsu bawah..tapi kena berperingkat2..so cabut gigi bongsu kanan dulu since yang paling teruk..nak complain ni..Hospital Putrajaya bagi aku memang worst gov hospital yang penah aku check in..tahu kenapa?kerja diaorang nak duit je..nasib aku de derma darah hari tu..kos rawatan aku free melainkan x-ray or operation..dahla appointment kita, kita yang kena follow up..janji berpuluh kali akan call kite balik sebab suppose aku operate 12 Oktober..aku tukar kepada 26 Oktober since too many meetings to attend..aku kena call berkali2 hanya sebab nak pastikan appointment aku dah ditukar ke tarikh tu..diaorang sekalipun tak call aku balik walaupun aku berkali tinggalkan no & pesan..bengong! kalau Hospital Serdang, tip top..aku asthma..kalau de appointment diaorang akan follow up..xmacam Hospital Putrajaya..dengan nurse dia slalu cakap ni hospital specialist ye..bukan hospital sebarangan..then act like 1 la..dahla waktu menunggu lama ya amat..masa gi hari appointment pukul 3..2.30 aku dah sampai sebab tahu akan ambik no dulu..pukul 4 baru dipanggil no..dekat pukul 5 baru jumpa doc..sewel!kat kaunter plak tukang daftar dah tergedik2 mintak duit siap2..aku bagi kad derma darah aku, dia boleh cakap kenapa dapat kad je..kenapa xdapat buku..mana la aku tahu..ingat bapak aku Pengarah Pusat Darah Negara?adoiyai..lepas tu tak habis2 mintak duit..last hubby aku dah bengang cakap bagi jumpa doc dulu..then baru kami decide nak operate ke tak..takkan belum tahu pape terus nak duit ye dak?bukan kami tak de duit..tak lari pun..setakat x-ray RM70..kerek je ko..baru jadi kerani..dah besar kepala cik kak tu..so tunggu jela hari operation..lusa je pun..nervous pun de..hopefully aku will be fine on that day..Amin...

Monday 29 August 2016

Derma Darah

Semalam aku baru je mendermakan darah aku..memang dah planning nak derma..yang berdekatan kat South City, Seri Kembangan dan Giant Bandar Kinrara..disebabkan nak berjalan2, so aku dengan hubby gi la kat Giant Bandar Kinrara..mula2 kena isi borang..kena jawab soalan semua tu dengan jujur..tapi de gak aku ngelat..haha..then kena jumpa sorang ni..bagi IC kat dia & dia check darah aku jenis pe..sakit dia cucuk jari aku..adeh!then ukur berat..makin bertambah dah..dah 77kg..gile la..kena diet lebih..lepas tu kena gi jumpa nurse kat situ..jawab soalan sama gak dengan yang de tulis kat borang tu..then, jumpa sorang lagi..dia daftar nama aku kat Pusat Darah Negara..dapat la aku kad yang membuktikan aku pernah derma darah..




Then, waktu yang menyeramkan..iaitu time ambik darah..mula2 kena duduk kat kerusi dia..then kena baring..masa tu nurse usaha cari urat aku kat tangan kiri, tak jumpa..Dia cari kat sebelah kanan pula, baru jumpa..then dia sapu swab and cucuk la jarum..tak sakit pun!rasa mcm kena cubit je..hubby cakap banyak darah aku..yang geramnya dia pi tangkap gambar aku tengah macam tu..bukan je tangkap gambar, siap buat live recorded kat facebook..jahatnya! aku kena derma 350ml je sebab 1st time..lain kali nak derma darah lagi..lagipun sape yang menderma darah ni dapat macam2 benefit dari hospital..


Thursday 25 August 2016

Sakit Gigi & Hubby Accident

Adoi...gigi bongsu aku nak tumbuh..sebelum ni gigi bongsu atas, dua2 belah dah selamat tumbuh dengan jayanya..gigi bongsu bawah sebelah kiri pun dah tumbuh..walaupun senget tapi kesakitan tu tak de la keterlaluan..tapi gigi bongsu bawah sebelah kanan ni betul2 menggangu hidup aku buat masa ni..Isnin baru ni aku dah gi Klinik Pergigian Petaling Bahagia..suruh dia cabut tapi dia tak nak cabut since gigi & gusi aku tengah sakit and dia suruh refer ke Hospital Kuala Lumpur..punya la jauh..then for sure ramai orang la..aku tanya kat Doc boleh tak kalau gi Hospital Serdang ke sebab aku dah biasa kat sana (mostly sebb kena asthma)..Doc cakap hanya dia boleh rekomen kat Hospital Putrajaya sebab masih under Wilayah Persekutuan..tak kisah la asalkan tak ramai orang dan disebabkan sakit sangat2 aku dapat MC dari klinik tersebut..


Dah dapat MC & ubat semua diaorang suruh aku call Hospital Putrajaya..aku ingatkan boleh terus pergi..rupanya hanya boleh set appointment je..mulanya appointment aku pada 30haribulan August ni pukul 3.30 petang tapi baru hari selasa dia call tukar pada 1haribulan September pukul 3 petang..tu pun untuk checking, X-Ray and then baru diaorang decide whether aku ni perlu dioperate or cabut gigi ni macam biasa.

Alkisahnya sementara nak menunggu hari yang dikhabarkan, aku dok menahan sakit yang amat..Ubat tahan sakit yang dibagi hanya 3set je..habis macam tu je..now dok bergantung hidup kat panadol..pipi jangan cakap la..bengkak! yela, gusi bengkak semua..semalam aku dok checking la kedudukan gigi aku since aku tak penah pun tengok sendiri kedudukan dia..adoyai!senget yang amat..dia tumbuh secara terkeluar..memang confirm kena operate jawabnya..takut siot! 1st time in my whole life kena operate..dok google la kt blog2 kisah operate gigi bongsu ni..ada yang cakap sakit, ada yang cakap menahan sakit bengkak ni lagi sakit dari sakit operate..maybe ikut pada diri masing2..aku ni dahle jenis tak tahan sakit..tapi setakat ni aku kuat la sebab still boleh datang kerja walaupun berdenyut2 sampai ke kepala..aku check kt klinik swasta sekali cabut untuk 1 gigi bongsu average RM350-RM1500..mahal mak datok!haha..kat hospital gov, RM50 je tapi tula lambat sangat la nak tunggu..lepas checking & X-Ray tu tak tahu la bila dapat operate..de yang cakap paling cepat 2 minggu..ada yang cakap sebulan..lama wei! papepun aku kena menunggu dengan penuh kesabaran yang cukup tinggi (sakit sangat!)..maybe ni kifarah untuk aku..bak kata hubby aku, atleast Allah sayang aku..sebab tu dia bagi sakit untuk hapuskan dosa2 aku masa aku kat dunia dari dapat pembalasan masa kat akhirat..

Ok..nak cita plak pasal hubby aku accident..Rabu minggu lepas, lepas balik keja, kami gi Sunway Pyramid nak cari Pokemon (main Pokemon Go la)..masa tu kami naik motor..masa balik, lepas dia hantar aku, selalunya dia ikut LDP untuk ke Bukit Jalil tapi malam tu dia tergerak ati nak lalu Seri Kembangan sebab de jalan shortcut..masa dia lalu depan Giant Taman Equine, de kereta himpit dia dari tepi sebab masa tu masing2 tengah kejar lampu hijau..jadi Superman la hubby aku tergolek..yang sadisnya orang tu just berhenti jap and terus jalan..tak tanya pun hubby aku hidup lagi ke ok ke..siot je! nasib la hubby aku boleh bangun masa tu..dia cakap masa tu dia jadi blur jap then baru dia call aku..masa tu aku tengah dok susun kasut2 aku dalam almari..kasut aku yang selambak tu aku main masukkan je dalam almari and bergegas ke sana..dia dalam phone cakap kat aku yang habis kasut, jeans and baju dia..baju ada koyak sikit..tiny one je..kasut and jeans memang dah tak boleh pakai dah..aku tak kisah semua tu..semua tu boleh beli tapi nyawa dia tak ada jual kat kedai..sampai je sana, ngeri aku tengok darah kat tapak tangan dia..dok tahan je..nak nangis tapi tak terkeluar air mata..masa tu ada abang sorang tu temankan dia..kami decided tinggal je motor kat situ and gi balai dulu buat report..mencari la balai..tengah mencari boleh plak perut aku meragam..makan pe ntah sebelum tu..tak dapat aku ingat..singgah MCD kat Taman Equine tu, berlari aku gi toilet..haha..cian hubby kena tunggu aku pulak..lepas dah melepaskan hajat, dari dok mencari balai tapi tak jumpa2 baik terus gi balai yang tahu je terus..Kami gi Balai Polis Sri Serdang..polis kat sana suruh gi hospital dulu pulak..Then aku bergegas la bawak hubby gi Hospital Serdang..sampai sana masuk bahagian emergency..tunggu lama dalam 15minit untuk checking..baru boleh jumpa Doc..nak tunggu jumpa Doc lama nak mampus..sampai air bisa dari luka mengalir..yang hubby plak dok tak diam..dia asyik bercakap je sampai aku pun dah pening..haha..aku pening sebab dah time aku tido..aku kan selalu tido awal dalam pukul 10-11malam since aku masuk keja pukul 7 and balik pukul 3.45 sekarang ni..hubby cakap kalau dia dok diam nanti lagi terasa pedih tu..dengan mulut ngomel2, jalan sana sini..aku sampai de masa2 nya tutup mulut dengan tangan aku..boleh plak dia gi jilat tangan aku..ngek!dah dapat jumpa Doc, Doc suruh gi X-Ray..masa tu hubby gedik(tapi aku tahu dia dah tak larat sebab bisa jatuh) nak naik kerusi roda..aku layankan jela..tolak dia sampai tempat X-Ray..lepas X-Ray jumpa Doc balik untuk dressing..aku tak boleh masuk..hubby cakap dia de menjerit (tapi aku tak dengar pun) sebab sakit masa dressing tu..Doc cakap tak ada yang patah and boleh balik..dari pukul 10lebih kat hospital sampai pukul 2 lebih, dekat pukul3..gile kan? lepas tu kami gi la balai..sampai sana polis tu suruh kami esok baru buat report kt Ibu Pejabat Polis Serdang kat area Bandar Kinrara tu since kejadian kat bawah jajahan sana..Then sebab dah pukul berapa dah..mesti kami penat..aku setuju then kami balik..aku hantar dia kat rumah dia..aku balik rumah aku..Esoknya aku cuti..kami mulanya gi Hospital Serdang dulu nak ambik report perubatan untuk claim insurans..bila gi orang tu cakap kena bayar RM40 and sebulan paling cepat tunggu..Gile!Tak nak la macam tu..kami terus gi buat report polis dulu..alhamdulillah kejap je process..then aku hantar dia balik since masing2 penat and dia sakit..pengalaman pertama orang yang aku cinta accident macam tu..selalu tengok adik2 aku..

ngeri tengok!

tak larat menunggu..

dah macam masuk muay thai je hubby aku ni..

Tuesday 28 June 2016

Iphone 6s Plus Rose Gold & Perancangan Raya


Semenjak keja sini rajin plak aku update status..hehe..just nak bagitahu..aku dah tukar handphone..dulu pakai Iphone 5s Gold..now dah pakai Iphone 6s plus..64GB lg gitu!bak kata my hubby, handphone raya..tahun ni raya simple je..sebabnye?sebab aku bukannya balik kampung..so baju raya (kurung) memang tak de..yang ada hanya lah baju2 biasa macam dress, t-shirt, jumpsuit..lagipun aku tak boleh pakai baju kurung lama2..so buat pe membazir duit beli baju kurung sedangkan aku hanya pakai untuk beberapa jam je..then aku ni plak baju xcukup 1 almari besar..semua kaler baju kurung aku de..cakap je..hahaha..

Raya tahun ni jatuh pada 6 & 7 July 2016 iaitu pada hari rabu & khamis..disebabkan aku malas ambik cuti, so aku kena la keja hari jumaat..sabtu ahad dah sememangnya cuti..my hubby pun raya ni xbalik kampung..so, aku & my hubby dah rancang nak gi berkelah raya ni..samada ke Sungai Sendat or ke Kolam Air Panas kat Bentong..Tengok pada keadaan..xboleh holiday jauh2 sebab aku keja jumaat tu..nanti aku update with pictures kami..

Thursday 23 June 2016

Aku Sakit...........

Waa...aku sakit..demam xhenti2..semua bermula dr aku kena serangan asthma masa gaduh dgn bf aku..nangis kuat2 la lagi..haha..dah kena serangan kena pi Hospital Serdang. masuk 14/6/2016, keluar 15/6/2016..gile bapak lama kat hospital!aku kena ambik 2 kali pump sebab aku x ok lagi..bf aku dah takut jd pape kat aku..2le..buat hal lg..hahaha..salah aku gak sebab nangis kuat sgt..then beberapa hari selepas 2 aku demam..byk hari gak sampai kena ambik darah..sepatutnya result keluar selasa kelmarin..semalam dah cuti Nuzul Quran..hish klinik ni..nasib la panel clinic..hr ni diaorg still xcall lg..emm...

Tuesday 24 May 2016

New Job, New Boyfriend & New Business

Lama sangat2 xupdate. Sekarang aku keja sebagai Secretary to Course Superintendent, Mr Puvan kat Kelab Golf Negara Subang (KGNS). Company ni semi gov yang dah lama wujud. disebabkan sebelum ni aku keja dikalangan korporat, memang aku tak tahu menahu pasal benda golf2 ni..tahu akhir bulan dapat bill, bayarkan utk my ex bosses.. haha.. so this is their website.. mana tahu nak datang ke tinjau2 or nak makan2..tapi ni hanya utk members je..orang luar no entry..haha..
                     
       Website KGNS : www.subanggolf.com

Actually aku apply position Secretary ni dari tahun lepas tapi tak boleh datang coz my ex boss tak bagi cuti sebab nak kena handle Birthday Party grand dia tu..tiba2 tahun ni depa panggil..datang la interview.. tengok tempat keja aku sunyi je..sebab bahagian machinery & maintenance course (padang golf)..memang aku suka la..sebab keja2 before sume havoc.. oh ya! lupa nak bagitahu..masa 2 aku tengah keja dengan Dato' Rafiena Ezanee Binti Ramli..artis gitu! so aku keja under production house, Dark Wave Pictures Sdn Bhd..xtahan la wei keja sana..balik x ikut time..keja btl2 macam kuli batak..haha..pape pun 2 semua pengalaman..lagipun dapat la aku jumpa dgn macam2 jenis artis malaysia yg byk ragam ni..


Dato Rafiena Binti Ramli

Ok..aku dah keja sini hampir sebulan..alhamdulillah..keja kat sini rilek.asalkan ko siapkan keja yg boss ko suruh..dah siap boleh la rilek..ni pun aku taip post ni kat ofis..hahaha..gile rilek kan?tgh rilek sambil tunggu gaji esok nak masuk..kami macam org gomen..gaji setiap 25hrbln..tapi gaji besar macam swasta..best x?hehehe..boss aku plak sayang gile kat aku..baik wei Mr Puvan..masa mula masuk, bersungguh suruh aku pakai kerusi baru..seminggu dok pakai kerusi lama, seminggu 2 le disuruhnya aku tukar..haha..then, aku dapat buggy seh! korang ado?hehe..toilet mulai hari ni hanya kami bertiga iaitu Kak Intan (Assistant Course Superintendent), Sitra (General Clerk) & aku je blh guna..means private toilet for us, girls..sebab boss x nak aku guna toilet kotor..hehe..


2nd thing, aku de bf baru..nama dia Mohd Ikhwan Bin Baharudin..my love of my life..aku kenal dia dari bulan November 2015..couple sejak 30 Januari 2016.. So far, he's the best..dia dah jumpa families aku..sedara2 aku pun dia dah jumpa..& aku pun dah jumpa families dia..hari 2 dia bawak aku balik Melaka jumpa family sebelah abah dia sana..abah dia pegawai polis bukit aman..asal Melaka..bakal menantu polis wei..bukit aman lagi..bakal menantu kesayangan abah dia ni..hahaha..sebabnya kenapa aku cakap aku ni bakal menantu kesayangan abah dia? sebab hari 2 kami de selisih paham sikit..abah dia sokong aku plak masa 2..angin je dia abah dia sokong aku..sayang my future father in law!




Mama dia keja CIMB..asal penang..mama dia sebaya mak aku..ntah bila nak temukan 2 family ni..huhu..



Dia anak sulung dari 3 beradik..sama macam aku..tapi aku ni sorg perempuan, adik lelaki 2 orang..dia plak dia sorg je lelaki, adik2 dia perempuan..terbalik wei..hehe..Insyaallah de jodoh kami kawen secepat mungkin..Amin..


Masa dalam perjalanan ke Melaka nak jumpa families dia..
Masa dia de event kat PICC, Putrajaya

Pasal Encik Firdaus? macamana nak cakap ntah..memang xde jodoh..aku malas buka aib org..so just forget it..yg paling penting aku happy dgn life aku..

Lupa nak habaq mai..mak aku buka kedai kek aiskrim dah..kat Puchong Permai..Nama kedai 2, Rich Taste.. korang boleh guna google maps or waze.. taip je Rich Taste..sure keluar..kat Facebook Page pun korang boleh tengok macam2 design yang dah orang order..boleh request design (T&C)..my mom handphone number is 014-2692829 (Siti)..boleh whatsapp / call utk order.